top of page

Bukan sahaja sedap dimakan tapi...

  • iedapartner
  • Mar 1, 2017
  • 2 min read

5 rahsia kebaikan COKLAT yang tak ramai orang tahu!

Jika anda seorang yang gemarkan manisan, pasti anda akan gembira membaca fakta terbaru yang menunjukkan penggemar coklat selalunya mempunyai body mass index (BMI) yang lebih rendah.

Tapi! Sebelum anda mencapai cadbury ataupun snickers, anda kena ingat bukan semua coklat yang di jual di kedai sama. Kandungan gula, lemak dan bahan-bahan yang lain mungkin akan memberi kesan yang berlainan. Walau bagaimanapun, mengambil coklat dalam sukatan yang berpatutan adalah satu perkara yang baik. jom baca fakta yang mungkin mengejutkan anda semua tentang kebaikan coklat.

1. Coklat mengurangkan kadar serangan strok. Kajian di sweden menunjukkan wanita yang makan coklat lebih daripada 45g seminggu kurang berisiko terkena serangan strok sebanyak 20% lebih rendah. 9 lagi rahsia kebaikan COKLAT yang tak ramai orang tahu! dengan membaca entry ini sepenuhnya...

2. Coklat meningkatkan kadar kesihatan jantung. Antara lain ialah, merendahkan tekanan darah, kadar kolestrol dalam badan, dan risiko menghidap penyakit jantung. Ini kerana coklat yang mampu bertindak melawan peradangan. 3. Coklat boleh melawan diabetis.Kajian di Itali pada tahun 2005 mendapati coklat meningkatkan sensitiviti insulin dan seterusnya mengurangkan risiko diabetis.

4. Coklat melindungi kulit anda. Lupakan apa yang anda pernah dengar tentang coklat menyebabkan jerawat. Coklat gelap sebenarnya adalah baik untuk kulit anda. Jenis antioksidan yang dipanggil flavonoid yang ditemui dalam coklat gelap menawarkan beberapa perlindungan daripada kerosakan UV dari matahari. Tapi, itu tidak bermakna anda tidak perlukan pelindung matahari!

5. Coklat boleh mengelakkan batuk-batuk. Ramuan dalam coklat yang dipanggil "Theobromine" mampu mengurangkan aktiviti saraf vagus. Sekitar rahun 2010, para saintis membuat kajian untuk menghasilkan sejenis ubat yang mengandungi theobromine bagi menggantikan ubat batuk yang mengandungi kodein yang boleh mendatangkan kesan sampingan yang berisiko.

JADIKAN HARI INI LEBIH BAIK DARI SEMALAM, DAN HARI ESOK LEBIH BAIK DARIPADA HARI INI !!!

KEEP IN TOUCH!!! =)


 
 
 

Comments


Featured Posts
Check back soon
Once posts are published, you’ll see them here.
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square
!
Widget Didn’t Load
Check your internet and refresh this page.
If that doesn’t work, contact us.

©2023 by Chocolate de rêves. Proudly created with Wix.com

bottom of page